Waiting List Kelas Tahun 2023

Assalamualaikum Semua, 안녕하세요 친구들
Ssem ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H. Moga Allah mengurniakan kemuliaan dan kejayaan kepada kita semua. Ssem juga mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan sepanjang ssem berkongsi ilmu Bahasa Korea ini. Ssem amat hargai atas teguran dan komen bagi memperbaiki kelas ssem.
Ssem juga ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian sahabat semua mengambil kelas bersama Ssem. Sempena Syawal ini Ssem ingin membuka Waiting List Kelas Tahun 2023 bagi memudahkan Ssem menyusun kelas dengan lebih effektif.
Kepada semua yang berminat untuk meneruskan pembelajaran Bahasa Korea bersama Ssem, Ssem sediakan Senarai Kelas yang bermula dari Beginner 1A hingga Intermediate 3B. Apa yang perlu buat?
- Sila Pilih dan daftar Level Kelas yang ingin dipelajari.
- Ssem akan menjalankan kelas bagi kelas yang mempunyai senarai teramai dahulu.
- Ssem akan buat group Wasap untuk kelas yang akan dijalankan.
- Ssem akan maklumkan tarikh kelas dalam group Wasap.
Kali ini ssem juga buka untuk kelas Persediaan TOPIK 1 untuk mereka yang merancang untuk mengambil TOPIK.
Ssem doakan moga semuanya dilindungi Allah dan mendapat kemuliaan sepanjang bulan Syawal ini.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
사랑합니다